Jumaat, 4 November 2016

Resepi Kuih Cara Berlauk

Kuih Cara Berlauk

Resepi Kuih Cara Berlauk, kuih tradisi melayu yang pasti ramai menggemarinya, apa yang menarik mengenai kuih ini anda dapat merasakan lemak dan lembut(dari kuih cara), garing(dari bawang goreng), pedas(dari cili) pada masa yang sama. Kuih ni sangat menarik jika dihidangkan di majlis atau jamuan kerana rupanya yang berwarna warni. Di bulan ramadhan, pasti kuih ini mendapat permintaan yang tinggi selain dari kuih cara yang manis.

Cara bancuhan adalan sama sahaja dengan kuih cara manis, cuma ada harus sediakan inti terlebih dahulu sama ada daging ataupun ayam..ikut selera masing-masing. Kelurga Che Nom memang suka sangat makan kuih ni terutama sekali di bulan Ramadhan ketika berbuka puasa.
Masa Penyediaan: 30 minit 
Memasak: 20 minit 
Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 15 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk inti:
  • 300g daging atau ayam kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit lada putih atau lada sulah
Bahan-bahan hiasan atas:
  • 2 biji cili merah, hiris halus
  • Bawang goreng
  • daun bawang
  • daun sup
Bahan-bahan untuk adunan kuih cara:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 4 cawan santan cair
  • ½ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil pewarna kuning

                  Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk inti:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.









Cara-cara untuk adunan kuih cara:

  1. Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Che Nom bancuh di dalam blender saja.
  2. Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  3. Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
  4. Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan

BLOG KUIH MUIH LEGEND

Koleksi Aneka Resepi Kuih Muih Menu Berbuka Puasa yang saya kongsikan di bawah adalah sekadar mengikut citarasa saya ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan. Mungkin kita mati idea nak makan kuih apa untuk berbuka, jadi boleh rujuk jenis kuih muih yang saya senaraikan dengan resepinya sekali. 



Saya sekadar berkongsikan koleksi resepi kuih muih yang ringkas, mudah dan sedap sebagai menu berbuka puasa dalam bulan Ramadhan yang selalu menjadi pilihan. Mungkin ada yang tak sesuai atau tak 'ngam' dengan citarasa anda, jadi bolehlah pilih kuih muih yang beraneka di luar sana.


Citarasa setiap orang berbeza, betul kan?



























































Sabtu, 4 Jun 2016

Resepi Kuih Karipap Ringkas 

(Anggaran hidangan untuk sekeluarga..)


Koleksi Aneka Resepi Kuih Muih Menu Berbuka Puasa
Resepi Karipap Ringkas

Bahan-bahan:

Untuk kulit:

1 kilo tepung gandum
4 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan)
Sedikit air
Sedikit garam & gula
6 biji kentang bersaiz besar - di potong dadu

Cara membuat kulit karipap:

Semua bahan dicampur dan ketika minyak masak masih panas, uli tepung terus hingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik, biarlah yang sederhana.

Untuk Inti:
(Semua bahan dikisar)

1 paket kecil kari daging - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Ikan bilis - ikut citarasa - dikisar

5 batang daun sup (dipotong halus)

Cara membuat inti:

1. Semua bahan di atas dikisar kecuali daun sup dimasukkan setelah inti masak.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar tadi.
3. Masukkan sedikit garam dan gula ikut selera sendiri
4. Setelah kentang empuk, masukkan daun sup dan kacaukan.
5. Setelah sejuk, barulah digunakan.

Boleh buat karipap menggunakan acuan yang ada dipasaran atau 'klim' sendiri menggunakan jari jemari anda...ikut suka..hihi

sumber : http://www.aynorablogs.com/